Sunday, 10 May 2015

FIBROID ?? Apakah kesan dan cara pencegahan terbaik?




Jom kita ikuti kisah benar 
bekas pesakit Fibroid yang sembuh dengan bantuan 
PREMIUM BEAUTIFUL ^__^






Testimoni Premium Beautiful kali ni namanya Ramnah Rozianah, berusia 35 tahun dan berasal dari Kota Belud, Sabah..masih single orangnya.. sha panggil dia, kak ujie.. ;) 

Bila tengok kak ujie yang sentiasa ceria ni, sha tak sangka langsung rupanya ada kisah menarik yang boleh kita selami di sebalik kisah kenapa dia nak pakai korset premium beautiful .. 




KENAPA YE ??

jom kita ikuti sedikit hasil tulisan kak ujie sendiri 
(sumber dari blog kak ujie ;) )

" Assalamualaikum salam sejahtera pembuka kata Ujie nak berkongsi macam mana Premium Beautiful mencegah dan merawat Fibroid dan Cyst. 
Tidak dinafikan kita sebagai wanita tidak sedar atau kurang sedar yang Fibroid ada dikalangan wanita. 

Fibroid adalah ketumbuhah yang berlaku pada dinding rahim, khususnya pada lapisan otot. Itu yang terjadi dalam rahim Ujie, darah berkumpul dalam rahim Ujie sebesar 12 diameter , sebesar kepala baby. Fibroid boleh berlaku kepada semua wanita yang berumur lingkungan 30an hingga 40an, tapi zaman sekarang sebenarnya ia Fibroid boleh berlaku pada setiap wanita, why? faktor pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat. 

Permulaan, Ujie dimasukkan ke KPJ Selangor sebagai pesakit Fibroid dirawat oleh DR NAZRI, 24.10.2013 Ujie menjalani pembedahan pembuangan Fibroid, Doktor tak tunggu lama lagi, memang kena buang sebab darah dalam badan semakin berkurangan, darah dalam bank darah pun berkurangan (darah O- ). Pembedahan yang amat perit dan sakit sebagai seorang wanita yang masih bujang apabila perut rahim kita dibuka seperti orang yang dibedah bersalin cesarean. Fuhhhh..memang sakit sangat Allah sahaja yang tahu. Ujie sembunyikan daripada Mama n Bapa pasal pembedahan ini sebab tidak mahu mereka susah hati di Sabah sana, sehingga kini. 





Perkongsian Fibroid yang dikeluarkan dari perut Ujie, kredit to DR NAZRI dan EN Halim yang hantarkan perkongsian gambar Ujie semasa di bedah...










Setiap 3 bulan Ujie akan menjalankan pemeriksaan di hospital untuk memastikan Fibroid tidak datang kembali, ya...fibroid boleh datang kembali.
 Doktor Nazri sarankan cari alternative lain untuk mencegah dan merawat supaya fibroid tidak datang kembali. Mencari sesuatu yang boleh mencegah dan merawat fibroid memang mati akal dibuatnya sebab Ujie memang degil dan kalau boleh dah tak nak makan ubat. sehinggalah Ujie jumpa kawan lama Ujie satu office dalam 
Facebook
 yang selalu post mengenai Premium Beautiful, Ya Allah tak disangka-sangka Ujie rasa bertuah dapat jumpa kawan lama ex-officemate, Noly..  dia menjalankan business Premium Beautiful, pertemuan pertama jumpa di KFC petronas Taman Equine, Noly bercerita pasal business plan, tapi Ujie berminat dengan corset dia sebenarnya, sebab Ujie pun dulu gila nak kuruskan badan, al maklum lah selepas pembedahan berat badan lagi naik nak ke 80kg.

Disebabkan Noly cerita pasal Premium Beautiful ni boleh rawat fibroid, dengan tidak membuang masa Ujie cakap nak cuba terus.  1st sarung je long girdle Premium beautiful... fuhhhhh...dia "grip" perut kat area pembedahan tu memang terbaik. Pakai pula satu set...fuhhhh tak dapat Ujie gambarkan betapa hebatnya teknologi ciptaan Premium Beautiful. 

Sehingga sekarang Ujie dah pakai lebih kurang 13 bulan atau setahun satu bulan ujie pakai, memang teman setia ujie pembakar kalori, pembakar semangat. Ujie berjaya turunkan berat badan ke 70KG, Ujie tak diet, makan nasi makan makanan yang biasa orang makan, AMAZING nya kalau makan pakai set Premium Beautiful ni, makan jadi Auto control. Bukan penutup selera tapi memang cepat kenyang.

Perkongsian bila kita amalkan pemakaian Premium Beautiful Corset, gambar bawan ni adalah dalam tahun 2009, dan yang bawah lagi, skirt hijau, tahun 2014, bukan buat transformasi, tapi iya auto transformasi, body kita lagi cantik solid. Why not grab 1 for yours :)

2009


2014


ok.. sedikit tambahan yang boleh sha share dengan uolls, kak ujie ni mulanya tak tahu pun dia ada Fibroid. Yang jadi dia tahu, asalnya just nak cek dengan doktor kenapa period dia tak stabil (sebulan period tanpa henti ).. atas desakan kawan2 yang tengok kak ujie muka pucat time tu, barulah kak ujie relakan diri untuk buat check-up... tapi tak sangka pulak kan, hasil imbasan yang dilakukan oleh doktor, mendapati satu objek bulat seperti bola yang sebesar kepala baby ada dalam rahim kak ujie.. 
Apa lagi,  doktor terus sarankan untuk buat operation buang fibroid tu.. 




Kalau kita dalam situasi kak ujie, camane ye? hmm.. Kalau Sha, nangis kot.. kereta calar sikit pun dah nangis, ni kan pulak badan kita ada something camtu.. dalam rahim pulak tu.. oo, Ya Allah.. tak dapat nak bayangkan.. 

so, dari kita terkena fibroid, baik kita mencegahnya dari awal kan.. nak cegah camane?? . semestinya dengan sarungkan badan kita siap2 dengan perisai KORSET PREMIUM BEAUTIFUL ^__^ 





Alang-alang dah share tentang Fibroid kan.. jom kita kenali apa itu FIBROID dan tengok apa sebenarnya tanda-tanda fibroid :





Fibroid adalah ketumbuhan biasa (bukan kanser) di dalam uterus dan ianya dibina oleh gentian otot. 
Punca berlakunya fibroid biasanya dikaitkan dengan kombinasi beberapa faktor termasuk genetik, hormon, dan faktor persekitaran. 
Ia menyerang 20% wanita berusia 50 tahun ke bawah (wanita di peringkat kesuburan) dan ianya merupakan penyebab utama wanita perlu menjalani histerektomi (prosedur untuk membuang rahim). 



----------------------------------------------------------------------
Fibroid DIKATEGORIKAN berdasarkan lokasinya seperti di bawah;
------------------------------------------------------------------
* Fibroid submukus- membesar dari bahagian bawah saluran rahim ke ruangan dalam rahim.
* Fibroid intramural- tumbuh di antara otot-otot rahim pada bahagian dindingnya.
* Fibrois subserous- tumbuh di bahagian luar dinding rahim
* Fibroid pedunculated- tumbuh secara berangkai dari permukaan bahagian rahim atau permukaan bahagian dalam rahim hingga dalam rahim dan boleh merebak ke serviks. 


----------------------------------------
TANDA-TANDA fibroid adalah seperti berikut:
------------------------------------------------
1. Aliran haid yang banyak disebabkan luas pemukaan yang besar, pertambahan saluran darah dan kelemahan sistem pembekuan darah.

2. Ketidakselesaan di bahagian pelvik adalah disebabkan tekanan terhadap uterus disebabkan oleh fibroid yang sedang membesar.

3. Berasa senak di bahagian bawah abdomen atau kadang kala dipanggil tekanan pelvik.




4. Sakit di bahagian bawah belakang disebabkan oleh tekanan di bahagian belakang yang disebabkan oleh fibroid.

5. Kerap keguguran disebabkan kesukaran embrio untuk menempel dan pengecutan uterus.

6. Bersalin lebih awal dari jangkaan kerana fibroid menolak kandungan ke bawah.

7. Kerap membuang air kecil kerana fibroid menekan pundi kencing.

8. Sakit ketika melakukan hubungan seks..




Rawatan bagi fibroid bergantung kepada tanda yang dialami, umur, saiz keluarga, saiz dan bilangan fibroid yang anda ada dan keinginan untuk mengandung pada masa akan datang. 



Pilihan rawatan termasuk;

Sekiranya fibroid bersaiz kecil dan tidak menunjukkan sebarang tanda, pemantauan kerap dilakukan melalui imbasan ultrabunyi.

Sekiranya saiz fibroid melebihi 5 cm pembedahan untuk membuang fibroid (myomectomi) mungkin diperlukan. 

Sekiranya anda telah mempunyai anak, pembuangan uterus dan fibroid (hysterectomy) lebih digalakkan. 

Fibroid juga boleh dikecutkan tanpa menjalani pembedahan melalui pengurangan aliran darah kepada fibroid dengan menggunakan kaedah embolisasi. 
Fibroid mungkin akan berulang lagi. 

Cadangan Sha melalui pengalaman client yang telah pakai :

Konsisten pakai Premium Beautiful selama 8 jam sehari






Your Premium Beautiful Expert, 
SHA  0199173517










1 comment:

  1. hai dear..
    terima kasih sebab sudi berkunjung ke blog sha
    any enquiries, please kindly whatsApp sha 0199173517 ;)

    ReplyDelete